Monday, April 16, 2012

Sejarah Sekolah

- Januari 1985 - Dikenali sebagai Sekolah Menengah Taman Bandaraya. Buat Sementara waktu pelajar kumpulan pertama menumpang di Sekolah Menengah Sri Pantai. Pada ketika itu, pelajar-pelajar hanya 140 orang yang bermula dengan kelas peralihan sementara pelajar-pelajar tingkatan satu menumpang di Sekolah Menengah Bangsar. - Jun 1986 - Semua pelajar berpindah ke bangunan baru sekolah Bukit Bandaraya. - Sehingga 1990 - Jumlah pelajar meningkat kepada 226 orang. - 1991 - Bilangan pelajar menigkat kepada 486 orang. - 2001 - Mempunyai lebih 100 orang pelajar dan seramai 54 orang tenaga pelajar. - 2009 - Jumlah pelajar seramai 1166 dan 76 orang tenaga pengajar serta 9 orang kakitangan pentadbiran dan juga 3 orang pembantu makmal. Terdapat 5 buah blok empat tingkat yang merangkumi bilik kelas, bilik masakan, bilik jahitan, bengkel-bengkel, bilik ekses komputer, bilik mesyuarat, bilik kaunseling, bilik guru, pejabat, bilik BOSS, makmal-makmal sains, perpustakaan & bilik media, tandaspelajar & guru, bilik disiplin, dewan mini, dan auditorium. Terdapat juga padang sekolah, tapak perhimpunan terbuka, kantin, bilik komputer, kolam ikan, teratak patriotisme, dan taman bunga.

Piagam

Piagam - Piagam SMK Bukit Bandaraya - Kami warga SMK Bukit Bandaraya: Berakhlak mulia, cerdas dan berketerampilan. Suasana pendidikan sekolah yang kondusif, harmoni dan selamat. SMK Bukit Bandaraya sebagai wadah menjana ilmu untuk menghadapi dan melayan tetamu dengan mesra. - Moto Sekolah - Berilmu, Berakhlak, Berbakti. Moto ini mengambarkan sifat dan perlakuan yang menjadi inspirasi atau harapan sekolah. - Berilmu - Berusaha untk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran berguna selaras dengan wawasan negara. - Berakhlak - Berupaya untuk mengawal disiplin diri, bersopan-santun dan bertatatertib. - Berbakti - Berupaya menyumbangkan usaha tenaga untuk berbakti kepada diri, keluarga, sekolah dan negara.

School Badge

------------------------------ LENCANA SEKOLAH ------------------------------ Nama sekolah yang berbentuk satu bulatan menandakan tiada titik akhir dalam menuntut ilmu. Dataran tinggi yang dikosong oleh perkataan SMKBB melambangkan mecu kejayaan yang dicita-citakan. Warna kuning melambangkan duli-duli yang maha mulia raja-raja, warna biru melambangkan perpaduan, warna hijau melambangkan semangat membina insan yang kamil. Tujuh jalur biru & kuning melambangkan negeri-negeri di Malaysia.

School Map

Jalan Dam, Jalan Jelutong (Jalan Jelutung), Jalan Buluh Perindu, Kolej Islam College, Jalan Kota, Lorong Kekabu (Lorong Kelkabu), Taman Sa, Jalan Rumpai, Jalan Pudina, Lorong Maarof (Lorong Maaruf), Jalan Maarof (Jalan Maaruf), Jalan Penaga, Jalan Mambu, Jalan Tualang, Jalan Kemaris, Jalan Bangkung, Jalan Jejawi, Jalan Keruing, Jalan Ara, Jalan Terasek (Jalan Terasik), Taman Bangsar Baru (Baharu), Taman Bangsar, Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Bukit Bandaraya SMKBB, Jalan Damansara, DBKL, Jalan Terengganu, Jalan Selangor, Jalan Kelantan, Lebuhraya Mahameru Highway, Jalan Limau Purut, Jalan Limau Besar, Jalan Johor, Jalan Negeri Sembilan, Istana Kedah Palace, Istana Negeri Sembilan, Federal Hill (Bukit Persekutuan).

Friday, April 13, 2012

Proud...

"I'M PROUD TO BE ONE OF THE SMK BUKIT BANDARAYA STUDENTS!"

Pengetua-Pengetua SMK Bukit Bandaraya

Puan Rokiah BT Alias ( 1990 - 1993 )
Puan Nik Rokiah Nik Mat ( 1993 - 1996 )
Puan Hajah Adilah BT Mior Ahmad Yusuf ( 1996 - 1998 )
Encik Ayob B. Abdul Manap ( 1998 - 2000 )
Datin Suwarni BT. Hassan ( 2000 - 2006 )
Puan Lucy Lyla Loretha B.C. Roberts ( 2006 - 2008 )
Puan Hanizah Binti Idris ( 2008 - 2010 )

SPORT HOUSES :D

Well, SMK Bukit Bandaraya have four sport houses and this is the list :D : 1). Temenggung (Green) 2). Syahbandar (Red) 3). Bendahara (Yellow) 4). Laksamana (Blue)

Kwasan Sekolah (GAMBAR)

Ni Gate!

Tuesday, March 27, 2012

Lirik Lagu SMK Bukit Bandaraya

Lagu Sekolah
Kami berikrar penuh setia,
Mencapai cita,
Patuh pada ajaran guru,
Bapa juga ibu.

Ingin jadi rakyat yang berguna,
Bina nusa bangsa.

Sukan juga seni budaya,
Mengikut tunas agama,
Nama yang harum dibina,
SM Bukit Bandaraya.

Kami berikrar penuh setia,
Mencapai cita,
Patuh pada ajaran guru,
Bapa juga ibu.

Ingin jadi rakyat yang berguna,
Bina nusa bangsa.




--------------------------------------------------------------------------------------------------
INFO LAGU
Lirik dan melodi lagu ini dicipta oleh En. Osman Bin Nabun pada tahun 1987. Beliau yang berasal dari Pulau Pinang merupakan bekas guru muzik lulusan Maktab Perguruan Ilmu Khas dan ABRSM. Beliau adalah penyelia muzik, pemimpin kombo koir Dari Biro Teknologi Pendidikan, Malaysia.
--------------------------------------------------------------------------------------------------