Monday, April 16, 2012

Sejarah Sekolah

- Januari 1985 - Dikenali sebagai Sekolah Menengah Taman Bandaraya. Buat Sementara waktu pelajar kumpulan pertama menumpang di Sekolah Menengah Sri Pantai. Pada ketika itu, pelajar-pelajar hanya 140 orang yang bermula dengan kelas peralihan sementara pelajar-pelajar tingkatan satu menumpang di Sekolah Menengah Bangsar. - Jun 1986 - Semua pelajar berpindah ke bangunan baru sekolah Bukit Bandaraya. - Sehingga 1990 - Jumlah pelajar meningkat kepada 226 orang. - 1991 - Bilangan pelajar menigkat kepada 486 orang. - 2001 - Mempunyai lebih 100 orang pelajar dan seramai 54 orang tenaga pelajar. - 2009 - Jumlah pelajar seramai 1166 dan 76 orang tenaga pengajar serta 9 orang kakitangan pentadbiran dan juga 3 orang pembantu makmal. Terdapat 5 buah blok empat tingkat yang merangkumi bilik kelas, bilik masakan, bilik jahitan, bengkel-bengkel, bilik ekses komputer, bilik mesyuarat, bilik kaunseling, bilik guru, pejabat, bilik BOSS, makmal-makmal sains, perpustakaan & bilik media, tandaspelajar & guru, bilik disiplin, dewan mini, dan auditorium. Terdapat juga padang sekolah, tapak perhimpunan terbuka, kantin, bilik komputer, kolam ikan, teratak patriotisme, dan taman bunga.

1 comment: